Thursday 8 September 2011

kisah kita


Alia meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Minggu orientasi amat memenatkan. Sesekali Alia menegur sesiapa sahaja yang duduk berhampiran dengannya. Sampai bila-bila pun takkan dapat kawan aku ni. Alia mengeluh.

“Salam…. Awak.” Alia mendongak memandang kearah tuan punya suara.

“Iye saya….”

“Saya Nadzirah. Boleh saya duduk sebelah awak?” Alia tersengih gembira. Yes… Akhirnya. Ada kawan.

“Hai… Saya Alia.” Alia bersalaman setelah Nadzirah mengambil tempat disebelahnya.

“Panggil Nad.. Saya selalu tengok awak sorang-sorang. Awak tak suke bergaul dengan orang ke?”

“Bukan tak suka tapi… Saya takde keyakinan. Awak kos ape ye?” Alia tukar topik dengan pantas.

“Ouh… Saya engineering.” Bulat mata Alia dan tersenyum girang.

“Kita sama la…. Boleh la kita sama-sama lepas ni.” Comel budak ni. Nadzirah tersenyum.

“Boleh sangat.”


3 tahun berlalu. Alia menyapu peluh yang mengalir deras dipipi. Sesekali dia mengeluh kepenatan.

“Alia… Kau boleh lari lagi ke?” Nadzirah menghampiri Alia. Rakan yang telah banyak membantu.

“Boleh je tapi, aku dah pancit la. Tak larat. Sambung minggu depan boleh tak?” Alia tersengih. Perubahan yang besar pada Alia.

      Mengimbau saat kali pertama Nadzirah mengajak Alia berjoging. Sekadar bersia-siar katanya. Tetapi Alia terus dipaksa berlari. Jadual pemakanan Alia turut dijaga rapi oleh Nadzirah. Sayang kawan. Alia tersenyum. Bersyukur punya kawan yang sangat prihatin terhadap kesihatan dirinya.

“Apa?” Nadzirah menjungkitkan keningnya melihat Alia tersenyum.

Nothing…. Boleh kita pulang tak?”
Sure… By the way Alia. Aku ada perasan sesuatu tau.” Alia menoleh kearah Nadzirah.

“Apa dia?” Alia mengelap peluh yang bercucuran sambil membetul arah tudung dikepala.

First….. Kau da tak sebut dan da lama sangat aku tak dengar cerita tentang kawan baik kau, Asyraf.” Alia mengeluh ringan dan tersenyum pahit.

“Aku bukan tak nak bercerita cuma, aku dah tak nak ingat kalau boleh. Rase bersalah pun ada.”

“Alia… Kau tak bersalah pun. Diaorang yang tak boleh terima kenyataan kau macam tu. Tapi sekarang kau da kurus. Takde la kurus. Fit!” Nadzirah tersengih-sengih.

“Aku takde gula-gula nak bagi kat kau. Lagipun, tak elok makan gula-gula. Nanti rongak gigi.” Alia ketawa melihat muka Nadzirah yang terkulat-kulat.

“Kau jahat. Sengaja ye. Aku bukan budak kecik ye.” Nadzirah menumbuk lembut bahu Alia sambil ketawa bersama.

No comments:

Post a Comment