Friday 30 September 2011

KISAH KITA

Alia menyedut perlahan teh ais sambil menunggu kemunculan Nadzirah.
“Maaf… Depan ni ada orang tak?” Alia mendongak.
“Er… Depan ni tempat duduk kawan saya tapi dia tak datang lagi.”
Alia serba salah. Dia tahu dengan suasana tempat makan yang penuh sekarang ni memaksa mereka duduk dimana-mana sahaja.
“Sorry... Tapi meja awak ni ada empat kerusi. Jadi kalau tak salah, saya dan kawan saya nak menumpang dimeja ni.” Satu suara menyapa disebelah jejaka tadi. Bala… Ada geng pula. Nadz ni mane… Alia mengetus dalam hati.
“Duduk la kalau macam tu.” Alia mula tak senang. Alia memerhati sekeliling. Dari kejauhan Nadzirah melambai kearah Alia.
“Kenapa lambat?” Alia mengerut keningnya tanpa mempedulikan pandangan ‘penumpang’ meja mereka.
“Sorry. Pergi bank tadi. Bayar yuran. Eh… Haikal dan Adli kan?” Nadzirah mengambil tempat.
“Aah… Kita pernah satu kelas ke?” Haikal membetulkan kaca matanya. Kulit cerah, arab look, nice.  Alia menilai Haikal yang sedari tadi kelihatan pendiam.
“Tak ingat ke? Kita pernah la satu kelas dan kita pernah buat presentation sama-sama.” Nadzirah yakin.
“Ouh…. Nadz mulut murai ek?” Adli menyambung setelah melihat Haikal yang terkedu.
“Huish…. Siapa yang bagi nama tu?” Nadzirah memuncungkan mulutnya.
 Alia tergelak mendengar gelaran baru daripada Adli. Adli… Jejaka yang kelihatan sangat peramah. Typical Melayu dan kelihatan matang.
“By the way… Ini kawan aku. Alia.” Alia hanya tersenyum dan menyedut baki teh aisnya.
Hanya Nadzirah dan Adli yang rancak berbual memeriahkan meja makan mereka. Alia hanya memerhati dan sesekali matanya bertembung dengan pandangan Haikal. Mereka hanya berbalas senyuman tanpa memulakan perbualan.
“Adli… Jumpa lagi nanti. Jangan la sombong sangat.” Nadzirah menghabiskan baki minuman.
“Boleh je. Selalu makan disini kan?” Pantas Nadzirah mengangguk.
“Esok lusa boleh je. Nanti, tolong latih kawan Nadz bercakap ye.” Sempat lagi Adli memerli Alia sambil ketawa.
“Kawan kita ni je ke? Kawan awak tu macam mana pula? Takde mulut juga tu.” Nadzirah ketawa bersama-sama. Alia mengerling kearah Haikal. Sekali lagi pandangan mereka bertaut. Alia hanya mengangkat bahu dan tersenyum ringan.
“Jumpa lagi nanti bila-bila ye.” Nadzirah melambai kearah Haikal dan Adli.
“Sudah ke?” Alia bertanya kearah Nadzirah.
“Sudah la. Jom balik.”
“La… Reti nak balik. Aku ingatkan kau nak duduk sini je.” Alia memerli Nadzirah. Satu cubitan ringan dilengan Alia.
“Saje nak kenakan aku kan.” Nadzirah tersenyum. Mereka berbalas senyuman dan berjalan beriringan meninggalkan meja.


“Assalamu’alaikum umi.” Alia meletakkan kasut keatas rak yang disediakan. Keadaan rumah sederhana besar itu cukup selesa pada pandangan Alia.
 “Wa’alaikumsalam. Lia…. Kenapa tak call umi yang Lia nak balik” Puan Zaleha muncul dengan bertelekung dari bilik.
 Surprise. Lia balik ni tak nak bagi tahu umi.” Alia tersenyum manis. Alia menyalami terus mengucup pipi Puan Zaleha.
“ Umi…. Lia masuk bilik dulu ye. Kejap lagi kita sambung berbual.”
 “Iye Lia… Pergi la rehat dulu. Kejap lagi kita berbual.” Puan Zaleha mengusap pipi Alia dan tersenyum manis. 
“Lia… Jangan lupa minum petang sebentar lagi ye.”
“Baik umi.” Alia beredar memasuki biliknya yang bersebelahan dengan Puan Zaleha.

“Umi!!!!!!!! Tengok la Along ni. Dia kacau Lia.” Kedengaran jeritan Alia dari dapur. Izham terus galak mengusik.
“Umi dah bosan tau tengok Along. Bukan macam Alia. Sebulan sekali baru boleh tengok.” Alia mencemekkan muka.
“Sebelum Along sambung kacau Lia lagi, tolong angkatkan dulang air teh tu dan bawa kehadapan ye Long. Sekejap lagi, abah balik” Alia pantas meninggalkan Izham di dapur.
“Ala Alia…… Along tu nak bermanja dengan Alia la sejak bini dia kena outstation. Selalu, Along kau je yang outstation.” Puan Zaleha tersenyum girang.
“hahaha…… Macam mana Long kena tinggal dengan bini? Seronok?”
“Wah~~~ Balik Alia, terus Along dianak tirikan. Sudah la bini takde.” Izham mencemek, sedih.
“Along baby tua.” Mereka sekeluarga tergelak besar dengan gelaran yang baru diberikan oleh Alia kepada Izham.
“Along, cuba tengok siapa yang datang tu? Abah lambat lagi balik kalau tengok dari masa ni.” Puan Zaleha menepuk lembut bahu Izham.
“Sekejap ye umi, Lia. Along pergi tengok kat luar.” Izham pantas menghabiskan baki tehnya.

No comments:

Post a Comment