Wednesday 24 August 2011

kisah kita


6 bulan berlalu. Alia berbaring sambil memerhati kearah laptopnya. Sesekali YM (Yahoo Messengger) mengeluarkan chat box. Alia terlelap seketika. Untuk beberapa ketika, Alia terjaga setelah bunyi buzz yang berkali-kali dari laptopnya. Asyraf. Alia bergerak pantas kemeja tulis setelah melihat nama di chat box.

Assalamu’alaikum… Alia. Pantas Alia membalas mesej dari rakan yang sudah sekian lama ditunggu.

Salam…. Asyraf. Kau sihat? Kenapa lama sangat kau senyap? Kau sihat?

Alia…. Bukan Asyraf disini. Alia mengerutkan keningnya. Main-main pula mamat ni.

Beb…. Kau jangan la main-main macam ni. Macam aku tak kenal kau kan.hehehe

Syafiqah here. Buntang mata Alia. Apa kes perempuan ni.

Ouh… Syafiqah. Mane Asyraf dan kenapa tiba-tiba awak online pakai id dia?

Okay…. Straight to the point. First, I tak berapa suka sebenarnye bila you ada dalam hubungan I dengan Asyraf. Alia bengang. Bila masa pula aku ni jadi pengganggu. Dia yang baru mucul.

Okay…. Setakat ni, Lia tak rasa pula yang Lia ni jadi pengganggu tapi tak ape. Alia minta maaf.

By the way Alia. Maaf sahaja tak cukup.

Syafiqah nak Alia buat ape?

Tolong jangan ganggu kami lagi. Maksudnya, jangan cuba hubungi Asyraf.

Mane boleh macam tu. Asyraf kawan baik Alia.

Kalau tak boleh juga fine. Syafiqah akan break up dengan Asyraf. Parah ni. Mane boleh. Dah la mamat tu sayang sangat dengan minah ni.

Eh…. Jangan la macam tu. Sebagai kawan, Lia tak sanggup tengok kawan Lia sedih. Kenapa sampai tak boleh contact Asyraf?

Kenapa? I fade up. Setiap kali dengan I, mesti cerita tentang you je keluar. Jadi I nak, you jangan interfere dalam hidup dia.

Tapi…. Alia sayangkan Asyraf sebab dia satu-satunya kawan Alia yang paling rapat.

If you can’t do it, fine. You lagi suka tengok kawan you dengan I sekali menderitakan.

Tapi Syafiqah….

By the way Alia, Asyraf ada cakap juga yang dia malu ada kawan yang besar macam you.

What?

Yes… Itu ape yang dia cakap. I pun malu juga but I tahankan aje. Iye la… you kan kawan baik dia.

Asyraf cakap macam tu? Bila?

Masa I keluar beli barang dengan dia dan senang kata, setiap kali kami keluar bersama.

Alia terkedu. Pemikiran remaja yang berusia 19 tahun tidak mampu untuk berfikir lebih jauh dan lebih matang dalam menyelesaikan masalahnya.

Kalau itu yang Syafiqah beritahu, Lia faham dan Alia minta maaf. Tak ade maknanya juga Alia berkawan dengan orang yang tak boleh terima diri Alia.

Thanks Alia.

Alia menutup chat box. Alia menghumbankan badannya keatas katil dan menangis semahu-mahunya. Sampai hati kau kutuk aku macam tu. Tak pe la… Lepas ni, kau takkan dengar khabar berita dari aku lagi dah. Alia menekup mukanya dengan bantal dan terus teresak-esak.

No comments:

Post a Comment