Tuesday 23 August 2011

kisah kita


Alia berlari-lari anak sambil memegang 2 tin pepsi di tangan. Kelihatan Asyraf melambai-lambai dari jauh. Alia memperlahankan langkah.

“Penat aku tau. Kau memang sengaja kan nak suruh aku lari-lari macam ni.” Alia menghulurkan pepsi dan disambut pantas oleh Asyraf.

“Well…. Bukan selalu. Lagipun lepas ni kau dah tak dapat nak bagi perkhidmatan macam ni pada aku.”

“Maksud kau?” Alia merenung Asyraf yang tenang menghirup air pepsinya.

“Aku dapat tawaran ke UK. Bulan depan aku akan fly.” Alia mengambil tempat dihadapan Asyraf.

“Bila kau dapat tau ni beb?”

“Semalam… By the way Alia…. Aku tak pergi seorang diri tau kesana.” Asyraf tersenyum.
Pulak dah… Surprise ape la pula kali ni. Alia mengerutkan keningnya. Sesekali dia mengelap peluh yang laju turun di pipi. Berlari  punya pasal.

“Tak payah la buat muka macam tu. Dulu aku ada cakap kan yang aku minat seorang budak ni.” Alia mengangguk.

“Jadi… Aku dapat tau yang budak tu akan pergi dengan aku dan diatas saranan kau juga dulu, aku dah pun couple dengan budak tu. Thanks Alia.” Asyraf tersenyum mesra.

“Tahniah beb. Aku tumpang gembira untuk kau. So, bila aku akan dapat jumpa awek kau tu?” Alia tersenyum girang.

“Minggu depan boleh? Kau pun memang tengah free sangat-sangat kan. Free menternak lemak.” Asyraf ketawa jahat melihat kerutan dimuka Alia.

“Iye la… Aku tau la aku ni comel.” Alia memuncungkan mulutnya.

“Jangan nak buat comel. Bertahun-tahun aku kenal kau, dari kau kecil. So, setakat mulut muncung kau tu, aku tak akan pujuk.”

“Sudah la. Nak balik la macam ni.” Alia bingkas bangun.

“Alia Adilla…. Kau betul nak balik ni?” Alia mengangguk dan berlalu meninggalkan Asyraf.

“Kau datang naik kereta dengan aku. Tak menyesal ke?” Asyraf melaung dan tersenyum.

Alia terhenti. Kenapa bodoh sangat aku ni? Hish….. Sabar-sabar. Alia menoleh kearah Asyraf yang semakin galak ketawa.

“Jom la. Takkan aku nak jemput kau pula.”

“Jom-jom.” Asyraf ketawa sambil memegang perut. Sesekali Alia menjeling Asyraf dengan geram. Mereka berlalu meninggalkan tapak kenangan persahabatan mereka.

No comments:

Post a Comment