Wednesday 24 August 2011

kisah kita


Alia mengunyah kentang goreng dengan rakus. Sesekali matanya turut melilau mencari orang yang ditunggu oleh Asyraf. Kali ini, air pepsi diteguk puas. Sesekali Asyraf menggeleng melihat telatah Alia. Macam tak makan setahun pun ada minah ni.

“Lia…. Aku nak pergi jemput awek aku jap.” Asyraf berdiri.

“Kau nak tinggalkan aku sorang-sorang je ke kat sini?”

“Tak lah… Tu kat depan pintu masuk tu awek aku.” Asyraf menunding jarinya kearah pintu masuk MCd.

“Yang mane?” Alia mencari-cari. Terlalu ramai manusia di pintu masuk.

“Jap ye. Aku pergi jemput jap.” Asyraf berlari-lari anak meninggalkan Alia. Alia kembali focus terhadap makanannya. Sesekali kentang goreng Asyraf dicuri.

“Alia…. Kenalkan.” Alia segera menoleh dengan mulut yang penuh. 

Mak aih… Cun siot.. Macam model. Alia terkebil-kebil melihat gadis disebelah Asyraf. Alia mengunyah baki makanan dengan laju dan terus menelan.

“Hai…. Saya Alia Nabila. Best friend Asyraf Haziq.” Alia menghulurkan tangan tanda persahabatan. Huluran tangan Alia berbalas tetapi hanya dihujung jari.

“Hai… I Syafiqah.” Senyuman yang cukup menawan pada pandangan Asyraf tapi bukan pada Alia.
Well…. Both of you boleh kenal dengan lebih lagi lepas ni, but first, you nak makan pape? I pergi beli.” Asyraf merenung Syafiqah lembut. Alia melihat dengan pandangan yang sukar dimengerti.

“Love… Coca cola diet ok.”

Okay…” Asyraf berlalu pergi meninggalkan Alia bersama ‘teman’ barunya.

“Duduk lah Syafiqah. Tapi duduk depan saya la. Kalau duduk sebelah saya ni, tak muat pulak.” Alia tersenyum. Cuba memaniskan muka..

“Terima kasih Alia Nabila. I faham. Tak ape. You tak suruh pun, memang I akan duduk sebelah Asyraf.” Syafiqah mengambil tempatnya. Kurang asam punya perempuan. Alia melepaskan keluhan ringan.

“Jadi, kalau Syafiqah tak kisah, Lia nak tanya. Syafiqah ambil kos ape ye nanti?”

“Ouh…. Well…. I akan ambil bisness. Sama la dengan Asyraf tapi I pergi dengan papa I yang uruskan.”

Mak aih… Berlagak gile minah ni. Anak orang kaya rupanya. Tak pelik pun. Asyraf pun kaya gak. Tak macam dia ni pun. Sabar Alia… Sabar. Alia cuba lagi tersenyum. Kurang manis.

Well ladies. Both of you dah sama kenal kan?” Asyraf tersenyum sambil menatang dulang berisi makanan.

“Sudah…. Kan Alia kan?” Syafiqah tersenyum memandang Alia.

“Er… Aah….”

“I tak sangka sangat yang you ada kawan yang baik macam Alia ni. I jealous tau.” Syafiqah memulakan ayat manis.

Gila la… Kiss ass rupanye minah ni. Alia menggerutu didalam hati. Mukanya tetap dimaniskan.

“Betul tu. I memang sangat bertuah ada kawan yang macam Alia ni yang sentiasa sokong I. kan Alia?” Asyraf mengalihkan pandangannye kearah Alia.

“Iye kot.... Tapi setakat ni iye lagi la.” Alia tersenyum membalas renungan Asyraf. Timbul satu perasaan yang lain dan sukar untuk Alia sendiri fahami.

“You… Lepas ni kita nak pergi mana?” Syafiqah segera memintas.

Alia hanya menjadi pemerhati setia drama swasta yang berlaku dihadapannya. Sesekali Alia memerhati keluar melihat orang yang lalu lalang. Sakit dihati terpaksa ditahan. Sebabkan kawan, bersabar. Setengah jam berlalu. Alia semakin sakit hati melihat drama dihadapannya.

“Er… Beb. Sorry potong perbualan kau. Aku nak balik dulu la ye. Aku sakit perut la.” Alia mencari alas an.

“Eh… Kau kan datang dengan aku. Baru kejap kita duduk sini. Lepak la dulu.” Asyraf cuba menahan Alia. Sekejap la bagi kau dah buah hati depan mata.

“Tak pe… Aku naik bus.” Alia bingkas bangun. Belum sempat Asyraf menahan, Syafiqah terlebih dahulu memotong.

“Hati-hati tau masa naik bus.” Drama queen. Getus hati Alia. Geram.

“Okay…. Jumpa lagi nanti. Assalamu’alaikum.” Alia terus berlalu meninggalkan Asyraf dan Syafiqah.


Asyraf mundar mandir. Geram hati mengenangkan sikap Alia yang menyepikan diri selama sebulan. Syafiqah menghampiri Asyraf.

“Kita dah kena masuk da ni.”

“Sekejap lagi. I tunggu Alia. Lagi 10 minit dia tak sampai, kita masuk.”

Up to you la.” Syafiqah berlalu meninggalkan Asyraf.

“Asyraf! Sorry.” Alia berlari-lari menghampiri Asyraf. Bajunya basah dengan peluh.

“Kenapa kau lambat?. Aku ingat kau dah tak sudi dah nak datang jumpa aku.”

Sorry….. Nah… Ambil la.” Alia menghulurkan kotak yang berbungkus rapi.

“Ape ni?” ASyraf menggoncang-goncangkan kotak tersebut.

“Beb… Macam ni. Aku minta maaf sebab aku tak layan kau sebulan ni tapi aku nak kau tau yang aku tak pernah lupakan kau.

Walau ape pun yang jadi, aku dah maafkan kau dan kalau aku ada buat kau terasa ke ape, aku minta maaf sangat-sangat. Kau bestfriend aku kot. Dunia akhirat.” Mata Alia mula bergenang.

“Lia… Kau jangan la cakap macam ni. Aku dapat jumpa kau sebelum aku fly ni pun da cukup bersyukur. Kau jangan la nangis weh. Kau nangis, aku nangis juga nanti.”

Well…. Kita akan jumpa lagi dalam 4 tahun akan datang. Ape-ape hal, update la dengan aku ye.” Alia mengesat matanya dengan belakang baju.

Okay Lia… Kau jaga diri kau elok-elok. Alia… One more thing.”

“Cakap je la… Ape dia?”

“Bila aku balik Malaysia nanti, kau orang pertama yang aku nak jumpa dan, kalau kau belum kawin, aku ambil kau jadi bini ke-2 selepas Syafiqah. Deal?”

“Giler kau. Tak nak aku.” Asyraf ketawa senang mengusik Alia.

“Aku gurau je la. Aku taknak la tengok kau nangis. Bukan aku pergi mati pun. Kita still boleh mesej.”

“Memang la… Aku just… Touching.”

“Love~~~” Syafiqah menghampiri Alia dan Asyraf. Lengan Asyraf dirangkul erat.

“Dah lewat ni. Kawan-kawan kita yang lain dah check in.” Syafiqah langsung tidak menoleh kearah Alia.

Well beb. Good luck masa kat sana and Syafiqah, tolong jagakan kawan baik saya ni elok-elok ye.” Alia mengharapkan tindak balas daripada Syafiqah.

Okay…. Of course I will.” Syafiqah tersenyum. Agak sinis pada pandangan Alia.

“Jaga diri elok-elok Alia.”

Alia menghantar Asyraf dengan lambaian. Alia cuba menahan air matanya namun gagal. Akhirnya tumpah juga. Selamat berjihad sahabat. Alia melambai sehingga la Asyraf hilang dari pandangan.

No comments:

Post a Comment